BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 24 June 2012

25/06/2012

2 tahun lagi masa untuk aku menunggu dia. Ya Allah lama lagi, macam2 dugaan yang akan datang, macam2 perkara yang akan terjadi... Sekarang pun aku berjauhan, tak tahu dia disana macam mana. Tapi aku yakin Allah akan membantu umatnya yang ikhlas dalam perhubungan. InsyaAllah aku akan tunggu dalam tempoh itu. Semoga dia cepat sembuh dari penyakitnya. Amin ya rabbal alamin..

~✿>> KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukan hati kita..tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka..KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi..

p/s : BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya..begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita..jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita..BE STRONG..♥♥

"SAKIT yang ku rasa biar jadi PENAWAR kepada dosa-dosaku.."


Jika solat 5 waktu TIDAK DILAKSANAKAN, jangan harap untuk dirikan rumah tangga, nanti RETAK BERPECAH BELAH sebab awal-awal lagi TIANG AGAMA sudah RUNTUH.."Anak perempuan kita adalah AMANAH bagi kita, jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan LELAKI YANG TIDAK SOLAT.."(Ustaz Azhar Idrus)

Ingatlah 2 Perkara

- Kebaikan Orang Kepada Kita
- Kesalahan Kita Kepada Orang

Lupakan 2 Perkara

- Kebaikan Kita Kepada Orang Lain
- Kejahatan Orang Terhadap Kita
# Apapapun, dengan menjaga hubungan sesama manusia secara langsung akan turut menjaga hubungan kita dengan Allah. (^_^) ♥ ~

Teringat pesanan ini sangat bermakna.." hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap..."

Friday, 22 June 2012

Inilah Keluarga Besar Saya (raya 2011)... Sayang Mereka Sangat2...

Dugaan Dia & Aku (21 June 2012)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau pulihkan lah penyakit dia agar dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sesungguhnya pada Mu aku meminta pertolongan. Pada Mu jugak aku merayu. Aku & family jauh dari dia. Sedih sangat2 bila aku tiada disisinya masa dia tengah sakit sekarang. Yang aku mampu hanya lah bertanya khabar dari jauh. Saya doakan awak sihat seperti biasa & tak ada apa yang lebih serius. Amin Ya Rabbal Alamin....

Andai rasa sedih, pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..
Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..

♥ BUKAN kerana hari ini indah kita jadi BAHAGIA tapi
kerana kita BAHAGIA, hari ini menjadi INDAH...

♥ BUKAN kerana ada RINTANGAN kita
menjadi OPTIMIS tapi kerana OPTIMIS, RINTANGAN menjadi tak terasa..
...
♥ BUKAN kerana MUDAH kita YAKIN
boleh, tapi kerana kita YAKIN BOLEH semuanya menjadi MUDAH...

♥ BUKAN kerana semuanya BAIK kita TERSENYUM, tapi
kerana kita TERSENYUM dan REDHA maka semua menjadi BAIK...

♥ Bukan Setiap hari kita Tidak ada yang MENDUGA tapi
KEYAKINAN kita pada TUHAN, kita bisa menempuh segala...

~ INSYAALLAH ~

22 June 2012

Assalamualaikum Teman2 Sekalian... 1st Post Nie... Teruja Pulak Rasanyaa... Heheheeee